Friday, 28 December 2012

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2013

Semua Ahli TPRS 2013 akan memulakan sesi persekolahan 2013. Di harap pimpinan TPRS 2013 lebih baik dan terus menjadi pelajar yang berwibawa.

Wednesday, 24 October 2012

TEMUDUGA TUNAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2013 PADA 22 OKTOBER 2012
TEMPAT  :  BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK BUKIT SENTOSA.
SASARAN  : MURID-MURID TAHUN 3  (2012)



PROGRAM PINTAR - TPRS
SMKBS2 DAN SKBS












Sunday, 30 September 2012

PENYERAHAN BUKU LOG TPRS KEPADA KAUNSELOR MULAI BULAN OKTOBER 2012.

PEMILIHAN DAN TEMUDUGA AHLI-AHLI TPRS 2013 PADA 22 OKTOBER 2012.






Friday, 14 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Patriotik kali ke-55 (30.9.2012-14.9.2012)




Saturday, 1 September 2012

NOSTALGIA KEMERDEKAAN

Setitis darah merah
Yang mengalir di bumi bertuah ini
Adalah selaut permata
Yang tenggelam di dasar laut

Sekawah peluh yang berhamburan
Membasahi kain di badan
Adalah intan

Laung-laungan suara sorak
Memecah tekak
Adalah satunya barisan jihad
Anak-anak pribumi
Detik ini bermula
Tanggal 31 Ogos
1957

Laungan
Merdeka...Merdeka...Merdeka
Oleh Bapa Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman
Bergema di bumi Malaysia.

55 tahun sudah berlalu
Alam Cyber teknologi kini ditempuhi,
Kejayaan demi kejayaan dicipta,
Di kota maupun di desa,
Kini Malaysia,
Cemerlang, Gemilang Terbilang.

Hasil ciptaan : Allahyarhamah Pn Hjh Mazeah



Thursday, 16 August 2012

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BUKU SKRAP KERJAYA (PRS)
Tarikh  : 15 Ogos 2012




Monday, 6 August 2012

Inventori by Azrina ubk/skbs

Anda dalam kategori yang mane?
by: Azrina ubk/skbs




Inventori by Azrina ubk/skbs

Cuba anda lihat dan perhatikan betul-betul, berapa banyak muka orang yang terdapat di dalam lukisan ini.
by Azrina ubk/skbs




                                  

Friday, 27 July 2012

PROGRAM PENYERAHAN PELEKAT KENDERAAN PPDa KEPADA PENGUSAHA BAS SEKOLAH DAN VAN SEKOLAH.
DAN ANUGERAH LENCANA PPDa KEPADA  AHLI-AHLI PRS 
OLEH PN HJH NOR SHAKILA BT KAMALUDDIN (GURU BESAR SKBS) PADA 27 JULAI 2012.







\


Ahli Pembimbing Rakan Sebaya juga menerima anugerah daripada Tn Hj Hamdan bin Hamzah kerana penglibatan mereka dalam aktiviti Pusat Sumber SK Bukit Sentosa. Tahniah.







Thursday, 26 July 2012

AHLI PRS TAHUN 5 TELAH MENJALANKAN AKTIVITI DI BILIK UBK.
Nur Amalia merupakan ketua PRS Tahun 5 membantu rakan-rakan untuk mengendalikan tugasan yang diberi kepada mereka.
Ahli-ahli PRS sentiasa membantu rakan-rakan dan guru-guru jika diperlukan. Walaubagaimanapun peraturan sekolah tetap diutamakan selaras dengan lafaz ikrar PRS.

                                                IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012

  • Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat , masa dan rakan.
  • Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
  • Berusaha menjadi pelajar contoh.
  • Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
  • Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS. 


Saturday, 14 July 2012

 KENANGAN AKTIVITI PRS YANG MEMBERI KESAN KEPADA SEMUA AHLI PRS











PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
AKTIVITI :   "MURID CERIA TANPA DADAH"


INFO TENTANG BAHAYA DADAH SENTIASA DIBERI PENEKANAN AGAR SEMUA WARGA SKBS TIDAK TERLIBAT. TINDAKAN PENCEGAHAN BOLEH MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA. INSYAALLAH.






KATA-KATA RENUNGAN

Dadah haram di sisi Islam

Ramai terjerat Dadah kerana pengaruh
kawan.  Awas kawan merosak kawan.

Untuk mencapai kejayaan;
Kita bukan hanya bertindakm malah mesti
juga mengimpikannya
Kita bukan sahaja merancang, malah
mesti juga YAKIN

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan 
hanya memandang ke tangga, tetapi
belajarlah menaiki tangga tersebut

Manusia tidak merancang untuk gagal,
mereka gagal untuk merancang

Semangat yang kuat, mampu mengatasi 
apa sahaja cabaran yang datang.

AWAS!!!
"USAH TERTIPU" 

Pesanan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan