Nur Amalia merupakan ketua PRS Tahun 5 membantu rakan-rakan untuk mengendalikan tugasan yang diberi kepada mereka.
Ahli-ahli PRS sentiasa membantu rakan-rakan dan guru-guru jika diperlukan. Walaubagaimanapun peraturan sekolah tetap diutamakan selaras dengan lafaz ikrar PRS.
IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012
- Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat , masa dan rakan.
- Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
- Berusaha menjadi pelajar contoh.
- Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
- Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
No comments:
Post a Comment