Saturday, 30 June 2012

PERTOLONGAN CEMAS
Rawatan yang diberikan sementara waktu sebelum mangsa kemalangan atau pesakit mendapat rawatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar.

Peraturan asas perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang terlibat untuk membei pertolongan cemas kepada pesakit. Antaranya:
  1.  Mengenal pasti punca kemalangan, daripada kesan kejadian, tanda yang terdapat pada pesakit dan perubahan pada tubuh badan pesakit seperti pucat dan sebagainya 
  2. Memberi pertolongan cemas dengan tertib, cepat, tenang dan senyap.
  3. Jika pernafasan pesakit terhenti, pulihkan pernafasan pesakit. Tenangkan pesakit supaya tidak terkejut. Jangan melayan pesakit bercakap tentang perkara yang tidak penting.
  4. Memberi semangat dan perangsang kepada pesakit dengan kata-kata yang manis seperti "kecederaan anda sedikit, saya cuba membantu anda".
  5. Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat. Jika perlu bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera. Beritahu keluarga pesakit atau melaporkannya kepada pihak polis.
                   UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA SETIAP MASA

"SETIAP PERTOLONGAN IKHLAS AKAN DIBERI GANJARAN ALLAH SWT"

No comments:

Post a Comment