Friday, 27 July 2012

PROGRAM PENYERAHAN PELEKAT KENDERAAN PPDa KEPADA PENGUSAHA BAS SEKOLAH DAN VAN SEKOLAH.
DAN ANUGERAH LENCANA PPDa KEPADA  AHLI-AHLI PRS 
OLEH PN HJH NOR SHAKILA BT KAMALUDDIN (GURU BESAR SKBS) PADA 27 JULAI 2012.







\


Ahli Pembimbing Rakan Sebaya juga menerima anugerah daripada Tn Hj Hamdan bin Hamzah kerana penglibatan mereka dalam aktiviti Pusat Sumber SK Bukit Sentosa. Tahniah.







Thursday, 26 July 2012

AHLI PRS TAHUN 5 TELAH MENJALANKAN AKTIVITI DI BILIK UBK.
Nur Amalia merupakan ketua PRS Tahun 5 membantu rakan-rakan untuk mengendalikan tugasan yang diberi kepada mereka.
Ahli-ahli PRS sentiasa membantu rakan-rakan dan guru-guru jika diperlukan. Walaubagaimanapun peraturan sekolah tetap diutamakan selaras dengan lafaz ikrar PRS.

                                                IKRAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012

  • Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat , masa dan rakan.
  • Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
  • Berusaha menjadi pelajar contoh.
  • Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
  • Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS. 


Saturday, 14 July 2012

 KENANGAN AKTIVITI PRS YANG MEMBERI KESAN KEPADA SEMUA AHLI PRS











PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
AKTIVITI :   "MURID CERIA TANPA DADAH"


INFO TENTANG BAHAYA DADAH SENTIASA DIBERI PENEKANAN AGAR SEMUA WARGA SKBS TIDAK TERLIBAT. TINDAKAN PENCEGAHAN BOLEH MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA. INSYAALLAH.






KATA-KATA RENUNGAN

Dadah haram di sisi Islam

Ramai terjerat Dadah kerana pengaruh
kawan.  Awas kawan merosak kawan.

Untuk mencapai kejayaan;
Kita bukan hanya bertindakm malah mesti
juga mengimpikannya
Kita bukan sahaja merancang, malah
mesti juga YAKIN

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan 
hanya memandang ke tangga, tetapi
belajarlah menaiki tangga tersebut

Manusia tidak merancang untuk gagal,
mereka gagal untuk merancang

Semangat yang kuat, mampu mengatasi 
apa sahaja cabaran yang datang.

AWAS!!!
"USAH TERTIPU" 

Pesanan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan